Followers

Tuesday 17 January 2012

# 6 - Majlis2 Sastera

Aku ada terbaca di Berita Harian berkenaan, majlis sastera yang jarang dihadiri oleh penulis genre popular (novel cinta lah tu). Contohnya, Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2011. Aku mahu tak mahu terpaksa juga mengaku, secara tidak rela digolongkan dalam penulis genre popular, walaupun aku menulis novel remaja sahaja. Yalah, dah aku tak menulis untuk DBP dan Utusan, automatik aku jadi penulis novel popular. kah kah kah. (Aku tahu, pengketegorian ini sangat lemah asasnya, tapi itulah. haha)

Aku memang dapat undangan, dan malangnya hari itu aku sangat berhalangan besar. Jadi tidak hadir. Malah banyak majlis2 sastera yang lain pun aku tak hadir, atas kapasiti itu juga. Orang kerja swasta, selepas itu menulis seperti aku memang masa tidak banyak. Hari Sabtu Ahad sahajalah masa untuk menulis dengan bersungguh2, selain itu, aku perlu bekerja bersungguh2. Mana yang sempat tu, aku datang jugalah.

Jadi, aku fikir antara sebab penulis novel popular kurang nak hadir majlis sastera, adalah ada fikiran bawah sedar yang menghalang. Biasanya majlis2 sastera pasti ada ungkapan ini, "Asyik2 novel cinta, asyik2 novel air mata." Ataupun, "Kita perlukan novel yang punya gagasan yang besar bla bla bla."

Tidak salah dengan ungkapan2, itu tetapi sebagai manusia, penulis novel popular mestilah terasa juga. kah kah kah. Mungkin secara tidak sedar, ada anggapan, "Untuk apa aku datang, kalau asyik nak kena hentam." Dah tahu di situ ada duri, buat apa nak berjalan ke sana.

Tapi, ini cuma agakan kasar sahaja. Janganlah jadikan ini hujah pula. Cuma aku terfikir, mungkinkah ini antara sebabnya?

Lalu apa penyelesaiannya? Aku tak tahu apa penyelesaiannya. Mungkin boleh buat tesis khas pasal perkara ini. ewah

3 comments:

  1. Saya pernah hadir ke pembentangan kertas kerja sastera. Alih-alih ada pembentang kertas kerja menjerit macam kempen pilihanraya.

    ReplyDelete
  2. tuan, inilah masalah dalam dunia penulisan. 'golongan elit' yang kononnya terlalu sastera itu sering saja memandang rendah orang yang tidak sekumpulan dengannya. mereka cuma mahu baca novel atau tulisan yang ditulis oleh geng mereka sahaja, yang diterbitkan dbp atau penerbit sastera sahaja. selain itu, mereka anggap itu karya picisan, karya cinta murah dan bla bla bla. huh. kalau beginilah mentaliti mereka, bermakna orang-orang sastera sendiri yang akan mengorek lubang kubur sastera itu sendiri.

    p/s : saya baca saja semua novel. novel tuan pun. bagi saya semuanya bermanfaat (selagi ia tidak menggalakkan dosa) :)

    ReplyDelete